Pages

Sunday 18 October 2015

Gulai lemak cili api cendawan kukur dgn lala

Alhamdulillah sedapnya cendawan sisir/kukur yang dimasak lemak cili api dengan lala ni . sekarang ni susah nak jumpa cendawan sisir ni tapi alhamdulillah rezeki saya jumpa cendawan sisir yang dijual di pasar pagi . Cendawannya masih fresh so memang sedap dimasak gulai cili api .


BAHAN-BAHAN :
200 grm cendawan kukur
1 peket lala
santan secukupnya 
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar - dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

20 biji cili api
3 cm kunyit hidup
sedikit garam kasar

CARA MEMASAK :
- bersihkan siput lala , ditos dan ketepikan dulu . Bersihkan cendawan kukur ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua santan ke dalam periuk bersama bahan ditumbuk lumat dgn serai dan asam keping . Masak kuah lemak sampai mendidih dan boleh dimasukkan cendawan kukur . kacau semua bahan dan bila cendawan sudah masak boleh la di masukkan semua lala , garam secukup rasa . Kacau semua bahan . Bila lala dah masak boleh la ditutup api dapur . Bahan boleh ditambah atau kurang ikut selera sendiri 

2 comments:

  1. Assalam. Sedapnya cendawan kukur.

    ReplyDelete
  2. Bagi pengemar cendawan kukur atau kulat sisir jom singgah di page saya cendawan kukur is awesome atau terus wsap 0129501006

    ReplyDelete