Pages

Thursday 9 June 2016

Kari kepala ikan Mayong

Sentiasa bersemangat masak untuk keluarga . Kita mesti cooked with love kan , berkat air tangan Ibu memang tiada tandingannya . Hari ni saya share resepi kari kepala ikan mayong , menu biasa tapi sangat sedap dimakan dengan nasi , roti/roti canai atau capati , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN:
1 ketul kepala ikan mayong - di potong kecil
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan pati santan pekat - boleh tambah
4 biji tomato masak ranum
8 biji kacang bendi
Garam dan air asam jawa secukup rasa

* Resepi ni hanya panduan jadi bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri . Berat kepala ikan adalah 1.5kg .
CARA MEMASAK:
-Bersihkan ketulan kepala ikan mayong . Kupas semua kulit bawang merah/putih dan di mayang nipis . Tomato dibersihkan dan dipotong kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari .  Biarkan sampai bawang layu dan terbit bau wangi . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak .

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan dan kacau sebentar , jika kuah nampak pekat sangat boleh dimasukkan sedikit saja air dan kacau semua bahan . 

-bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ketulan kepala ikan mayong tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah lah air asam jawa.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra . biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

1 comment: