Pages

Tuesday 21 June 2016

MASAK PINDANG IKAN SUSU

Sedap , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan susu
1 batang serai - dititik
1 genggam pokok daun kesum - dlm 7 tangkai
1 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas adalah seimbang..

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ikan susu dan ketepikan dulu . Tumbuk semua bahan-bahan sehingga cukup lumat .

- Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan bila minyak dah panas masukkan semua bahan yang ditumbuk lumat . Bila dah bahan tumbuk dah masak dan wangi boleh la dimasukkan air secukupnya serta dimasukkan daun kesum , serai dititk dan asam keping . Bila kuah dah mendidih masukkan semua ikan susu , garam secukup rasa dan kacau semua bahan secara perlahan-lahan . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

1 comment: